Showing posts with label camping. Show all posts
Showing posts with label camping. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

Msjbox Camping Yr 2009 - Cherating (Part 2)

Pada tgh mlm pula, ada kejadian yg tidak diingini. Gempa bumi telah menggegarkan Sumatra dan disusuli dgn tsunami. Semboyan telah berbunyi... Para ibu-bapa dan bujang2 dgn pantas memindahkan anak2 mereka ke Villa Abg Sabar dan Villa aku. Yg penting semuanya selamat sebelum dihanyutkan oleh ombak besar... Amin...

Pada paginya pula, program2 yg telah diatur terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Kami semua sebulat suara utk check-out awal.



Semasa berada di balcony villa aku, aku ternampak ada brother ni menunjukkan bagaimana cara2 membersihkan khemah. Nampak senang je bro... Hehehe....


Sebelum berangkat pulang, sudah semestinya bergambar beramai2 diikuti dgn lonjatan kegembiraan. Kami semua beruntung kerana dpt bertemu dgn Azman Bin Ahmad, olah raga negara yg telah memenangi pingat emas dlm acara lompat jauh di temasya Sukan Sea Laos 2009. Cayalah bro... Hehehe...



Next destination, ialah ke Fatisha Agro Farm di Kemaman. Fatisha ni ialah seorang msjbox blogger dan usahawan muda (pembekal cendawan dan penternak kambing). Kami semua telah dijemput ke sana. Syabas kepada Fatisha kerana berani membuka bisnes cendawan walaupun keadaan economi sedunia tidak menentu. Wawasan 2020... Hehehe..

Tiba masa perpisahan.. Bab ni yg aku sedih.. Setelah 2 hari bersama dgn geng2 K.A.M.I.E, byk kenangan terukir bersama, suka dan duka, jauh dan dekat disatukan tanpa kira kerakyatan, ada umur panjang leh jumpa lgi. Aku, Sodep, Retna dan Kiki terus menuju ke KL. Ke KL??? Ada apa eh aku ke KL??? Tgu lah entri seterusnya ok... Jeng3... Ni mesti ada yg tertanya2 ni.. Hahaha...

P/S: Msjbox is the best. Would like to wish all msjbox bloggers a Happy New Year. See you next year geng K.A.M.I.E.. Love u all....

Ayang oh ayang.... Ayang nak ayang (ayam) tak? Ayang nak cockteh? Wakakakaka.....

Gambar klik sini

Wednesday, December 30, 2009

Msjbox Camping Yr 2009 - Cherating (Part 1)

Syukur alhamdulillah, msjbox camping pada tahun ni berjalan dgn lancar walaupun ada sedikit masalah terutama dari Team KL semasa hendak berkonvoi (masalah teknikal) dan juga cuaca semasa di Cherating (beyond our control). Kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. Dengan berkat berkerjasama dari geng2 K.A.M.I.E, apa2 masalah pun boleh diselesaikan.. Itulah keistimewaan yang ada kat geng2 K.A.M.I.E. ni. Walaupun aku ni sorang je rakyat asing (ALIEN) dlm geng2 K.A.M.I.E, aku tak rasa janggal kerana aku telah mengenali mereka dahulu sebelum aku berblog. Dulu nama nickname lain (wink ckit). Jom2 scroll kat bawah:-

Sempat bergambar sebelum berkonvoi. Ada muka yg mengantuk dan ada yg excited.


Sarapan di kedai mamak di Kota Tinggi. Di sini lah meeting place Team Selatan. Terkejut Bro Kasawari ni bila nampak aku.. Ni gara2 Deqnaz lah..

Dalam perjalanan, Deqyana mabuk (land sick) dan berkali2 muntah di dlm kete. Kesian Deqyana.. Muka nya pucat.. Mengalah orang mengandung. Hehehe...

Sampai je ke destinasi, kita orang survey tempat tu dulu. Aku dan abg Sabar sewa 2 villa in case of emergency.


Sementara menunggu ketibaan Team dari KL, kita org pun gi mkn lunch dulu di warong berdekatan dgn resort.

Setelah tibanya Team dari KL, kaum Adam terus menuju ke Masjid yg berdekatan utk menunaikan solat Jumaat. Aku ingatkan Bro Kasawari khusyuk mendengar khutbah Jumaat. Rupa-rupanya Bro kita ni ada di alam lain. Dia tidur lah (caught red handed). Sib baik aku tak candid kat dlm masjid..

Selepas menunaikankan solat Jumaat, kami pun balik ke Banting Beach Resort. Sesampai je disana, kaum hawa dah pun memacak khemah masing2. Pandai seh korang. Tu lah aku dah cakap tdi.. Geng2 K.A.M.I.E ni semuanya serba boleh. Lin dan Linda memanjat dan memetik buah kelapa lgi. Satu bekas askar dan lagi satu isteri kepada "Cicakman"... Fuyohhhh...



Selepas tu sesi BBQ pun dimulakan. Byk gak makanan seperti udang, ayam ("ayang"), ikan, nenas dan lain2 lgi utk BBQ disediakan oleh Fatisha (blogger dari pantai timur). Kami bergilir2 utk BBQ. Memang sedap dan enak bila makanan dibakarkan oleh anak2 dara dari pantai timur. Tangan anak dara katakan... Bukan tak sedap bila dibakarkan oleh mak2 dara kita ni. Memang sedap tapi anak2 dara buat LAGI SEDAP sehingga menjilat jari.. Hehehe... Cabotttt....




Di sebelah petang lak, acara bersantai.. Free & easy.. Nak mandi laut ke, nak main pasir ke, nak bergambar ke dan nak main apa2 pun leh.. Ops silap.. Hehehe...




Malam pula sesi kenal mengenali dan bertukar2 hadiah. Utk geng2 K.A.M.I.E tak yah lah dah terlebih kenalkan.. Ni utk 5 anak dara dari pantai timur.. Sebelum ni aku pun dah beramas mesra dgn dorang. Take short cut lah... Hehehe... Jgn jeles eh.. Hahaha.. Time tukar2 hadiah tu kecoh dibuatnya. Ada yg dpt hadiah sendiri atau dari ahli keluarga sendiri.. In the end, semuanya hepi dgn hadiah masing2 kan3..

Selepas tu masa utk free & easy. Ada yg bersembang sambil campfire. Aku, Kiki, Sodep, Retna dan Deqnaz pula gi makan supper kat warong berdekatan hingga ke midnite. After that, time to sleep......

Bersambung.......

Wednesday, January 21, 2009

Kenangan Terindah 2008


Atas permintaan rakan2 blogger dan ‘Ibu Mertua’ ku, aku telah bertungkus-lumus menyiapkan citer “Msjbox Holiday – 27th to 28th December 2008” untuk korang semua supaya dpt mengembalikan “Kenangan Terindah” yg telah kita jayakan bersama. Kira aku ni Last Man Standing lah. So korang layan citer aku yg tak seberapa ni eh..

Aksi-Aksi Bloggers – Part 1

Retna, Sodep & Shai: Mmg respect kat dorang. Semangat nak menghiasi khemah masing2, dorang sanggup bersengkang mata sampai jam 4:00 pagi termasuk gak aku (cameraman). Kalah-menang tolak tepi tu adalah adat pertandingan. Yg penting dgn adanya pertandingan menghiasi khemah ia akan menyerikan camping ini. So tahniah to all of us.

1st Meeting Point: Di sini lah is our 1st meeting point. Bloggers from Malaysia & Singapore meet face to face with one another except for Kasawari & family. Ada yg berjabat tangan, berpeluk, bergambar dan bermuackz2 (pompuan je tau). Aku rasa org2 yg ada kat sana mesti ingat kita ni join “Treasure Hunt” kan3.

2nd Meeting Point: Di sini lah kita berjumpa dgn Kasawari & family. Initially, nak lunch kat gerai2 yg ada di situ tetapi dgn sebulat suara semua setuju lunch di Sedili je. Confirmed pegerai di situ bengang gila. Mana tak bengang ingatkan leh dpt profit lebih. Jgn marah ye pakcik, makcik, abg & kak. Dah takde rezeki nak wat cam mana. Rabak seh koranggggggg.. Hehehehehe

Jeti Sedili: Sampai je di Jeti Sedili apalagi kita org bergambar lah. Ada yg tangkap hensem & jambu. Ingatkan org Singapore je yg jakun rupanya org Malaysia pun jakun gak. Maklumlah susah nak tgk kawasan nelayan di bandar.. hehehe

Mana satu mak & anak: 3 anak dara sedang posing bergambar. Jap2 silap ke aku? Kalau korang tgk gbr diatas tu mesti krg ingat 3 anak dara kan. Aku confirmed kalau pose this question to “Ahli Nujum Pak Belalang”, dia pun tak leh jawab lah. Yg leh jawab CM je. Syabas to CM kerna telah menjaga cik CT kita ni dgn baik sekali. Apakah petuanya CM? Bujang kat luar sana tu dgr jgn tak dgr lak..Celoteh lak aku ni..

Charlie Angels Asia: Aku tgk gbr ni nak gelak pun ada. Apa dorang nak buat eh? Nad cam buka langkah kuda2. Boleh ke balance tu Nad? Yg matok lak seakan-akan menari dgn gayanya sendiri tetapi si Retna ni yg aku muskil ckit. Syok sendiri kot? Wakakaka.. Korang pikir lah sendiri ye.

Khemah Ooh Khemah: Yg bestnya khemah kitaorg didirikan oleh pekerja2 resort to sendiri. Sambil menanti khemah didirikan, ada yg sembang2, ada yg rileks2, ada yg ambil angin (buang angin pun ada) dan yg budak2 lak pantang je nampak goal post n bola. Apalgi drg buat team bola lah. Bapak budak pun sekaki gak.

Tempat khemah didirikan mmg cukup baik (berhadapan dgn laut). Udara nya begitu nyaman sekali. Manakan tidak angin dari South China Sea bertiup dgn kencang. Pada masa tu cuaca pun cerah. Senang cakap semuanya baik2 belaka. Tarak hal..

Yezza!! Khemah Dah Siap: Selepas je khemah siap, masa utk ………..? Cuba krg teka.. Aiyoh Amma Appa!! Nak aku citer gak ke. Ish! Krg ni.. Masa ni lah bakat “designer-designer” kita yg terpendam telah menyerlah pada hari tu. Korang tak caya tgk gbr diatas tu. Caya tak? Dari bilik berita TV3, aku terdengar ada org tu sampai sanggup ”KIDNAPPED” bunga manggar di tepi jalan. Sapakah org tu ye? Hehehehe..

Aku dah penat berciter. Nak rest jap sambil cari idea for Part 2. Sampai disini saja ye.. Nantikan kesinambungan nya OK.. Bye… Muackz99 utk korang.