Syukur alhamdulillah, msjbox camping pada tahun ni berjalan dgn lancar walaupun ada sedikit masalah terutama dari Team KL semasa hendak berkonvoi (masalah teknikal) dan juga cuaca semasa di Cherating (beyond our control). Kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. Dengan berkat berkerjasama dari geng2 K.A.M.I.E, apa2 masalah pun boleh diselesaikan.. Itulah keistimewaan yang ada kat geng2 K.A.M.I.E. ni. Walaupun aku ni sorang je rakyat asing (ALIEN) dlm geng2 K.A.M.I.E, aku tak rasa janggal kerana aku telah mengenali mereka dahulu sebelum aku berblog. Dulu nama nickname lain (wink ckit). Jom2 scroll kat bawah:-
Sempat bergambar sebelum berkonvoi. Ada muka yg mengantuk dan ada yg excited.
Sarapan di kedai mamak di Kota Tinggi. Di sini lah meeting place Team Selatan. Terkejut Bro Kasawari ni bila nampak aku.. Ni gara2 Deqnaz lah..
Dalam perjalanan, Deqyana mabuk (land sick) dan berkali2 muntah di dlm kete. Kesian Deqyana.. Muka nya pucat.. Mengalah orang mengandung. Hehehe...
Sampai je ke destinasi, kita orang survey tempat tu dulu. Aku dan abg Sabar sewa 2 villa in case of emergency.
Sampai je ke destinasi, kita orang survey tempat tu dulu. Aku dan abg Sabar sewa 2 villa in case of emergency.
Sementara menunggu ketibaan Team dari KL, kita org pun gi mkn lunch dulu di warong berdekatan dgn resort.
Setelah tibanya Team dari KL, kaum Adam terus menuju ke Masjid yg berdekatan utk menunaikan solat Jumaat. Aku ingatkan Bro Kasawari khusyuk mendengar khutbah Jumaat. Rupa-rupanya Bro kita ni ada di alam lain. Dia tidur lah (caught red handed). Sib baik aku tak candid kat dlm masjid..
Selepas menunaikankan solat Jumaat, kami pun balik ke Banting Beach Resort. Sesampai je disana, kaum hawa dah pun memacak khemah masing2. Pandai seh korang. Tu lah aku dah cakap tdi.. Geng2 K.A.M.I.E ni semuanya serba boleh. Lin dan Linda memanjat dan memetik buah kelapa lgi. Satu bekas askar dan lagi satu isteri kepada "Cicakman"... Fuyohhhh...
Selepas tu sesi BBQ pun dimulakan. Byk gak makanan seperti udang, ayam ("ayang"), ikan, nenas dan lain2 lgi utk BBQ disediakan oleh Fatisha (blogger dari pantai timur). Kami bergilir2 utk BBQ. Memang sedap dan enak bila makanan dibakarkan oleh anak2 dara dari pantai timur. Tangan anak dara katakan... Bukan tak sedap bila dibakarkan oleh mak2 dara kita ni. Memang sedap tapi anak2 dara buat LAGI SEDAP sehingga menjilat jari.. Hehehe... Cabotttt....
Di sebelah petang lak, acara bersantai.. Free & easy.. Nak mandi laut ke, nak main pasir ke, nak bergambar ke dan nak main apa2 pun leh.. Ops silap.. Hehehe...
Malam pula sesi kenal mengenali dan bertukar2 hadiah. Utk geng2 K.A.M.I.E tak yah lah dah terlebih kenalkan.. Ni utk 5 anak dara dari pantai timur.. Sebelum ni aku pun dah beramas mesra dgn dorang. Take short cut lah... Hehehe... Jgn jeles eh.. Hahaha.. Time tukar2 hadiah tu kecoh dibuatnya. Ada yg dpt hadiah sendiri atau dari ahli keluarga sendiri.. In the end, semuanya hepi dgn hadiah masing2 kan3..
Selepas tu masa utk free & easy. Ada yg bersembang sambil campfire. Aku, Kiki, Sodep, Retna dan Deqnaz pula gi makan supper kat warong berdekatan hingga ke midnite. After that, time to sleep......
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment