Tuesday, March 31, 2009

Not Feeling Well

Hi All,

This is to certify that Mr Ross is unfit for duty for a period of 2 days from 30 Mar 09 to 31 Mar 09. I'll be back on Wednesday 1 Apr 09. Will see you soon..

Tadi pagi aku jumpa doktor. Doktor kata aku takde sakit pape. Below is my conversation with doktor:-

Doktor: Sakit apa?
Ross: Saya sakit kat sini (aku tunjuk kat dada).
Doktor: Degupan jantung, darah tinggi & suhu badan awak semua ok. Sihat.
Ross: Memang saya sihat doktor. Saya ni cuma sakit "Windu" lah doktor.
Doktor: Awak windu kat sapa?
Ross: Saya windu kat rakan2 bloggers Msjbox. Kami dah macam adik beradik. Lain bapa & mak je. Hari tu berat saya nak berpisah. Rasanya sekejap je kami jumpa.
Doktor: Penyakit ni saya takde ubatnya.
Ross: Ye ke doktor. Takpelah saya pulang dulu. Terima kasih doktor. Jangan marah ye nanti saya kacau doktor lagi. Hehehehe..
Doktor: Geleng kepala..

P/S: I Miss You All lah... Muackz.. Muackz.. Muackz... Gerek sehhhhhhh

Sunday, March 15, 2009

Reds Crush United


Fernando Torres & Steven Gerrard
(Ross) & (Kasawari)

Liverpool mengejutkan juara bertahan Manchester United di Old Trafford. Siapa yang menyangka Liverpool yang mempunyai persembahan seperti "yo-yo" lebih tepat lagi inconsistency, akhirnya membenam pendahulu Liga Perdana England itu dengan jumlah yang selesa 4 - 1.

Ramai yang pasti tertanya-tanya dimana Liverpool mendapat semangat membara untuk membuat United berputih mata di padang sendiri. Jawapannya pasti ada pada pemain penyerang United, Wayne Rooney, yang dikatakan meniup semangat perjuangan Liverpool selepas membuat kenyataan yang penuh berapi beliau "membenci Liverpool". Kerana itulah pemain Liverpool menyambut kenyataan berbau benci dengan persembahan yang di luar dugaan.

Ia merupakan kemenangan paling manis buat pengurus Liverpool, Rafael Benitez. Tahniah Liverpool.

P/S: Bro, whatever the result was, you are still a Manchester United loyal fan. Am i rite? United has 1 game in hand and 4 points ahead. It's not the end of the season. Still have 9 to 1o matches to go. We will fight till the end.. Wah3 Lin terlonjat2 kegembiraan eh. Maklum lah the Blues fan, Chelsea. Ada orang tu cakap Steven Gerrard "ENCEM" bila dia cium tu camera.. Hehehehe

Saturday, March 14, 2009

Most Romantic Place



Couple Toilet

Bayangkan kita boleh duduk sambil berpegangan tangan?
Menghirup udara yang segar?
Meluahkan perasaan masing-masing dengan ayat-ayat cinta?
Akhirnya lega dengan apa yang dilalui bersama?
Romantik betul tempat ni kan?


P/S: Mari kita fikirkan sekiranya ini adalah public toilet (Unisex), apa akan terjadi? Nampak gayanya ramai yang beratur kat luar sana. Kat dalam tengah skodeng lah tu.. Hehehe.. Kalau dibarat bukan lagi mustahil. To them is common and they are a very open-minded society. Like us in the East, we are modernised but still conservative. Aku rasa couple toilet ni sesuai dibuat di dalam master bedroom je (kalau ada yg teringin nak wat lah)... Lariiiii

Monday, March 9, 2009

Di Saat Kecemasan – Hubungi Kasawari



First Aider Certificate

Tajuk diatas tu sebenarnya dari entry Kasawari. Sekiranya Kasawari sesak nafas atau dah tak bernafas den nak hubungi siapa lak? Ni lah orangnya DR ROSS, certified & qualified First Aider. Tak caya tgk gbr diatas tu. Tapikan tapikan tapikan aku guna straw je lah bro bila nak blow.. hehehe.. ataupun aku soh Cikgu Linda blow dan aku do the pumping. Ok gak kan.. Jap2.. Kalau Cikgu Linda yg blow confirmed "naik" nya bro.. Cabottt… It’s a good sign already. Tu dah menandakan yg bro dah kembali bernafas. So aku tak yah wat pumping. Just put u under recovery position je.. Jgn mara bro gurau je.. Mmg betul kata bro nampak senang tapi sebenarnya susah gak. Tester lak seorang doktor dari Singapore General Hospital. Very strict especially bila part blowing & pumping mesti nak betul. Kalau salah blowing air akan kuar dari celah2 mulut yg tak cover dgn betul dan dada si mangsa tak akan naik. Kalau salah pumping lak ribs leh patah dan akan memudaratkan lagi si mangsa (internal bleeding). Di Singapore certificate ni cuma valid for 3 years je. Selepas tu kena gi refresh course lagi.


P/S: Ada orang kata "It's Just A Waste Of Time" hadiri kursus ni. If you think in a positive way, ia amat berguna. Bukan saja utk diri anda tapi utk keluarga anda, kawan anda dan orang sekeliling anda. Please note "Any Delay Could Be Fatal".

Wednesday, March 4, 2009

Dua Bangla Disatu Pagi

Cerita bermula dari satu station minyak. Di station minyak ni ada 2 orang pekerja Bangladesh yang fasih berbahasa Melayu tetapi tidak fasih berbahasa omputih. Sorang namanya Iqbal & lagi sorang namanya Majid.

Pada suatu hari berhenti sebuah kete mewah, BMW Coupe, sebiji macam Lin test hari tu untuk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorang Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah kehabisan. Ni yang membuatkan Iqbal pening kepala macam mana nak bagitau pada Pak Arab tu yang minyak dah habis. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa Melayu cuma tau bahasa omputih & Arab je.

Iqbal bagitau Pak Arab tu sambil menyebut "Fuel" & disusuli dgn gerakan memusingkan tangan menandakan minyak dah abis tetapi Pak Arab tu ternganga tak faham. Iqbal cuba sekali lagi dengan menyebut “Fuel” & disusuli dgn gerakan memusing kepala. Pak Arab masih tak faham. Iqbal tak tau nak wat camner. Dia pun gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa Bangladesh & bunyi nya seperti berikut:-

Iqbal: Majid, tolong aku Majid. Pak Arab tu tak tau minyak dah abis..
Majid: Ala...kau cakap je la minyak dah abis.
Iqbal: Dah cakap dah tapi dia tak faham. Aku lak tak tau cakap omputih. Yes, No, Alrite, Sir, Mdm, I lap U, I mop u tau lah.
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih.
Iqbal: Ala..kau tolong lah aku..
Majid: Aku tau sikit-sikit cakap Arab..

Lalu pergi lah Si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dia berkata;


"Fuel”, Sodoqallah'hulazim… .

Barulah Pak Arab tu faham & terus blah..

Tuesday, March 3, 2009

Adakah Masih Ada by Farawahida