Friday, May 8, 2009

Birthday Party

8


Pada tarikh 16 April 2009 adalah hari istimewa untuk seorang insan yang bernama Muhammad Ridzuan Bin Sabar, anak bongsu kepada Lin dan Encik Sabar. Hari lahirnya yang ke 9 tahun. Memandangkan hari lahirnya jatuh pada hari Khamis, Lin sekeluarga telah merancang untuk meraikan hari lahirnya pada 18 April 2009 iaitu pada hari Sabtu. Untuk Amat abg Ross ucapkan “Happy 9th Birthday”. Semoga Amat menjadi anak yang soleh. Amin…



Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Retna, Kiki & Shai sudah berada di rumah Lin. Mereka sampai di Johor Bahru pada Jumaat malam (First Batch). Kasawari sekeluarga dan aku pula sampai ke rumah Lin pada pukul 2:30 pm. Mula-mula ingatkan salah rumah. Kedengaran macam kat Redbox je. Sesi mengasah suara bermula dari category kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa.



Setelah aku mengasah suara, terus aku masuk ke dapur. Saja je nak check makanan apa yang akan dihidangkan sebentar lagi. Untuk pengetahuan anda sekalian, Lin telah mengambil 4 orang pembantu dari syarikat Dir Catering Services Sdn Bhd. Pembantu-pembantu semua beruniform merah dan ketuanya beruniform putih. Wakakakaka…… Service memang first class...



Inilah amah Lin. Namanya Olin. Baru je mula bekerja dgn Lin pada 1st April 2009. Keturunan Cina tetapi beragama Islam. Berasal dari Bandung. Umurnya 33 tahun. Sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak... Pewittt... Muka cam lom mandi je... So guys out there, please stay away. Don’t pray-pray...




Ramai gak tetamu yang hadir untuk meraikan hari lahirnya Amat seperti Linn sekeluarga, Kak E sekeluarga, pengantin baru (Zam & isteri), Intan sekeluarga, Dir, Aie, Shai, Retna, Kiki, Ross dan kawan2 Lin. Suasana memang meriah sekali.



Aku suka tgk gambar ini. Gambar Lin sekeluarga. They are one big happy family. Hope one day, I have one like them. Amin.. Korang ada nampak apa yang aku nampak tak. Ish korang ni tak observant langsung lah.. Pembayangnya korang perhatikan Encik Sabar… Tak tau gak.. Aiyah mau apek tolong jawabkan kah… Hehehehe… Pinjam jap dialog dari citer Nujum Pak Belalang… Jeng.. Jeng.. Jeng..

Soalannya: Dimanakah letaknya tarikkan Encik Sabar? Di hidungnya kah? Di matanya kah? Di bibirnya kah? Di telinganya kah? Di pipinya kah? Atau senyumannya kah?



Aku nak gelak bila tgk sorang mamat ni. Ada ke patut nak nyalakan arang guna kan kertas. Bila nak game over. Manalah dia belajar ilmu tu. Inilah ilmu burung tuan2 dan puan2 ye.. hehehehehe...



Seorang mamarazzi telah kelihatan sedang mengambil gambar dari celah2 gate. Apakah motifnya itu? Ooi makcik kau petik gambar2 lelaki bujang eh..



Sedang emaknya sibuk melayan tetamu di dalam, anaknya pulak mengambil kesempatan berdating di luar… Bagus lah tu kira balance.. Sempat gak kami berposing dgn si Kancil sebelum ia pergi buat selama-lamanya.



Live telecast bersama Sodep dari Kuala Lumpur yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Dari raut wajahnya, dia begitu sedih & kecewa sekali kerana tidak dapat join kita orang. Don’t worry Sodep. Kita makan utk kau.. Burp… Next time kita jumpa lgi..



Plan untuk BBQ di Sedili pada bulan December 2008 tak menjadi kerana pada petang tu hujan turun dgn lebatnya. Akhirnya, kami dapat gak buat BBQ di Bukit Indah. Bermacam-macam makanan telah disediakan untuk BBQ seperti ayam, udang, sotong dan ketam. Gerek seh.. Tengkiu Lin..



Aku tak tau lah apa nak jadi dgn burung ni (kawan baik aku). Kalau kanak2 sedang membesar, dorang active. Kalau dewasa yang dah besar lagi “Hyper Active”. Jap2 apa yang besar eh? Hehehehe.. Dah lah kat Melaka dia wat cam Cicakman. Kat umah Lin lak macam2 stunt dia wat. Lagi satu kat Kukup dia wat ala2 Titanic gitu. Yang penting happy kan bro… Laki sapa lah wei...


P/S: Aku sebagai spokeman Lin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan2 dan puan2 yang hadir pada hari itu. Sekiranya ada terkurang dari segi hidangan dan layanan, Lin minta maaf banyak2. Terima kasih kat Shai, Retna & Kiki kerana sudi datang walaupun beratus-ratus km jauhnya. Tak lupa gak kepada abg Ross yang sanggup berenang merentasi Selat Tebrau.

5 comments:

✖Naz|Rawkst✯r✖ said...

Sang kancil da pergi da mngglkan bukit indah.haha

Kasawari said...

itu burung belajar terbang ler bro.. wa ka ka..

saper sidia yg sis lin maksudkan.. deqnaz ker.. wa ka ka

bro roSs said...

To Deqnaz: Sedihkan kancil dah meninggalkan Bukit Indah setelah berjasa selama sekian lamanya. Kancil tu dah pergi oversea lagi.

bro roSs said...

To Kasawari: Entahlah bro aku pun tak tau. Rasanya Deqnaz kot.. Oklah tu..

Anonymous said...

Hello
http://www.smeesh.com/ - meridia cost

Sibutramine is available in 5 mg, 10 mg, and 15 mg capsules and taken orally.
[url=http://www.smeesh.com/]meridia diet[/url]

Sibutramine is available in 5 mg, 10 mg, and 15 mg capsules and taken orally.
cheap meridia

Sibutramine is available in 5 mg, 10 mg, and 15 mg capsules and taken orally.