Thursday, December 31, 2009

Msjbox Camping Yr 2009 - Cherating (Part 2)

Pada tgh mlm pula, ada kejadian yg tidak diingini. Gempa bumi telah menggegarkan Sumatra dan disusuli dgn tsunami. Semboyan telah berbunyi... Para ibu-bapa dan bujang2 dgn pantas memindahkan anak2 mereka ke Villa Abg Sabar dan Villa aku. Yg penting semuanya selamat sebelum dihanyutkan oleh ombak besar... Amin...

Pada paginya pula, program2 yg telah diatur terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Kami semua sebulat suara utk check-out awal.



Semasa berada di balcony villa aku, aku ternampak ada brother ni menunjukkan bagaimana cara2 membersihkan khemah. Nampak senang je bro... Hehehe....


Sebelum berangkat pulang, sudah semestinya bergambar beramai2 diikuti dgn lonjatan kegembiraan. Kami semua beruntung kerana dpt bertemu dgn Azman Bin Ahmad, olah raga negara yg telah memenangi pingat emas dlm acara lompat jauh di temasya Sukan Sea Laos 2009. Cayalah bro... Hehehe...



Next destination, ialah ke Fatisha Agro Farm di Kemaman. Fatisha ni ialah seorang msjbox blogger dan usahawan muda (pembekal cendawan dan penternak kambing). Kami semua telah dijemput ke sana. Syabas kepada Fatisha kerana berani membuka bisnes cendawan walaupun keadaan economi sedunia tidak menentu. Wawasan 2020... Hehehe..

Tiba masa perpisahan.. Bab ni yg aku sedih.. Setelah 2 hari bersama dgn geng2 K.A.M.I.E, byk kenangan terukir bersama, suka dan duka, jauh dan dekat disatukan tanpa kira kerakyatan, ada umur panjang leh jumpa lgi. Aku, Sodep, Retna dan Kiki terus menuju ke KL. Ke KL??? Ada apa eh aku ke KL??? Tgu lah entri seterusnya ok... Jeng3... Ni mesti ada yg tertanya2 ni.. Hahaha...

P/S: Msjbox is the best. Would like to wish all msjbox bloggers a Happy New Year. See you next year geng K.A.M.I.E.. Love u all....

Ayang oh ayang.... Ayang nak ayang (ayam) tak? Ayang nak cockteh? Wakakakaka.....

Gambar klik sini

Wednesday, December 30, 2009

Msjbox Camping Yr 2009 - Cherating (Part 1)

Syukur alhamdulillah, msjbox camping pada tahun ni berjalan dgn lancar walaupun ada sedikit masalah terutama dari Team KL semasa hendak berkonvoi (masalah teknikal) dan juga cuaca semasa di Cherating (beyond our control). Kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. Dengan berkat berkerjasama dari geng2 K.A.M.I.E, apa2 masalah pun boleh diselesaikan.. Itulah keistimewaan yang ada kat geng2 K.A.M.I.E. ni. Walaupun aku ni sorang je rakyat asing (ALIEN) dlm geng2 K.A.M.I.E, aku tak rasa janggal kerana aku telah mengenali mereka dahulu sebelum aku berblog. Dulu nama nickname lain (wink ckit). Jom2 scroll kat bawah:-

Sempat bergambar sebelum berkonvoi. Ada muka yg mengantuk dan ada yg excited.


Sarapan di kedai mamak di Kota Tinggi. Di sini lah meeting place Team Selatan. Terkejut Bro Kasawari ni bila nampak aku.. Ni gara2 Deqnaz lah..

Dalam perjalanan, Deqyana mabuk (land sick) dan berkali2 muntah di dlm kete. Kesian Deqyana.. Muka nya pucat.. Mengalah orang mengandung. Hehehe...

Sampai je ke destinasi, kita orang survey tempat tu dulu. Aku dan abg Sabar sewa 2 villa in case of emergency.


Sementara menunggu ketibaan Team dari KL, kita org pun gi mkn lunch dulu di warong berdekatan dgn resort.

Setelah tibanya Team dari KL, kaum Adam terus menuju ke Masjid yg berdekatan utk menunaikan solat Jumaat. Aku ingatkan Bro Kasawari khusyuk mendengar khutbah Jumaat. Rupa-rupanya Bro kita ni ada di alam lain. Dia tidur lah (caught red handed). Sib baik aku tak candid kat dlm masjid..

Selepas menunaikankan solat Jumaat, kami pun balik ke Banting Beach Resort. Sesampai je disana, kaum hawa dah pun memacak khemah masing2. Pandai seh korang. Tu lah aku dah cakap tdi.. Geng2 K.A.M.I.E ni semuanya serba boleh. Lin dan Linda memanjat dan memetik buah kelapa lgi. Satu bekas askar dan lagi satu isteri kepada "Cicakman"... Fuyohhhh...



Selepas tu sesi BBQ pun dimulakan. Byk gak makanan seperti udang, ayam ("ayang"), ikan, nenas dan lain2 lgi utk BBQ disediakan oleh Fatisha (blogger dari pantai timur). Kami bergilir2 utk BBQ. Memang sedap dan enak bila makanan dibakarkan oleh anak2 dara dari pantai timur. Tangan anak dara katakan... Bukan tak sedap bila dibakarkan oleh mak2 dara kita ni. Memang sedap tapi anak2 dara buat LAGI SEDAP sehingga menjilat jari.. Hehehe... Cabotttt....




Di sebelah petang lak, acara bersantai.. Free & easy.. Nak mandi laut ke, nak main pasir ke, nak bergambar ke dan nak main apa2 pun leh.. Ops silap.. Hehehe...




Malam pula sesi kenal mengenali dan bertukar2 hadiah. Utk geng2 K.A.M.I.E tak yah lah dah terlebih kenalkan.. Ni utk 5 anak dara dari pantai timur.. Sebelum ni aku pun dah beramas mesra dgn dorang. Take short cut lah... Hehehe... Jgn jeles eh.. Hahaha.. Time tukar2 hadiah tu kecoh dibuatnya. Ada yg dpt hadiah sendiri atau dari ahli keluarga sendiri.. In the end, semuanya hepi dgn hadiah masing2 kan3..

Selepas tu masa utk free & easy. Ada yg bersembang sambil campfire. Aku, Kiki, Sodep, Retna dan Deqnaz pula gi makan supper kat warong berdekatan hingga ke midnite. After that, time to sleep......

Bersambung.......

Sunday, December 20, 2009

Rezeki Kau, Beb

Aku redha dgn pemergian mu. Aku redha dgn kehilangan mu. Aku redha dgn tragedi yg menimpa ku semalam. Aku tau ni semua dugaan dan suratan takdir. Aku akan sentiasa mengingati tarikh 19th December 2009 @ 2310 hrs di Taman Perling Johor Darul Takzim. Semoga selepas kejadian ni rezeki ku makin bertambah lagi. Amin... Leh gi K box lagi... hehehehe...

P/S: Pesanan buat diri kau, kau, kau n lembu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Jadilah manusia yg berguna dan carilah rezeki yg halal.

Selamat Hari Jadi, Bro


Pertama kali aku bertemu dgn Bro Kasawari semasa di Port Dickson (Msjbox Camping). Seorang yang peramah, baik hati, tak lokek dgn senyuman, kacak, good hubby & daddy, gentleman, guys next door (tu yg wat Linda tertarik) dan tak lupa Msjbox "Cicakman". To women out there, he is already attached so dun play2 ok.. Hehehe...

On this wonderful day of yours today, I hereby would like to take this opportunity to wish you "A Happy 37th Birthday. May your wishes come true. Hope you have a great time spending this special moments with your loves one & friends.

P/S: Dun worry bro, age is just a numbers. Heart matters. Smile Always and Forever Young..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga MSJBOX.

Maaf Zahir Batin

Monday, August 17, 2009

Salam Ramadhan


Selamat Menyambut bulan ramadhan buat semua.

Wednesday, August 5, 2009

Thank you!


Just a little note for all of you,
"Thank you so much for the wish"

Tuesday, August 4, 2009

Happy Birthday to me!

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to MEEEEE....
Happy birthday to me.

Tambah lagi usia.
Moga tahun ini akan bertambah lagi rezeki.
Amin.

p/s: ada siapa2 sudi bagi hadiah tak?

Wednesday, July 8, 2009

Iklan - Funeral

Malaysian director Yasmin Ahmad's new commercial to get Singaporeans married is set at a funeral. She can always be relied on to get people talking. Yasmin was first approached by MCYS on the recommendation of Prime Minister Lee Hsien Loong , who had seen her series of family and racial harmony commercials for Malaysian oil company Petronas.

It is part of a $1.25 million campaign to encourage Singaporeans to get married. The campaign was spurred in part by a 2006 survey which showed that many respondents were waiting for a suitable partner to show up.

"People want to get married, but they want to wait for Ms or Mr Right." We want people to know that you can build a beautiful relationship - an imperfectly beautiful relationship."

In it, a wife pays tribute to her dead husband and talks about his less than endearing habits - snoring and farting in bed and that is how "imperfectly perfect" her husband was.

According to Yasmin, she wants to "leave it to the audience to decide what the message behind the commercial was". The subtle message behind it is obvious: you don't have to find Ms or Mr Perfect to have a fruitful marriage, it's the little imperfections that makes a relationship special. Let watch the videos...




p/s: Beep2 senyap, aku pun nak senyap juga!!

Thursday, June 25, 2009

Busy Mode

Busy!
Do not disturb!
Will be busy until........................... do not know yet.

Just leave your message after the tune.
tetttttttttttttt....

Friday, May 15, 2009

Cerita Ayam Penyet

Kali ini aku ke Johor Bahru bukan pergi bercuti tetapi mendapat undangan dari Shai dan Lin. Aku pun ada terfikir jugak ada apa rancangan dari Msjbox. Sebenarnya tidak ada rancangan apa2, cuma Shai datang ke Johor Bahru nak belanja makan ayam penyet. Jauh datang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru semata-mata nak makan ayam penyet. Cayalah Shai.

Kalau ikut kan hati nak masuk ke Johor Bahru di sebelah pagi. Dapat join Shai & Lin ke rumah Amat Gebu. Tengahari aku ada plan lain lak so masuk Johor Bahru sebelah petang. Sampai je di Jusco Bukit Indah , aku pun sms Lin suruh ambil aku. Yang bestnya dorang tak dpt cam aku. Hehehehe.. Hari itu aku pakai cap dan rambut aku style GI. Dorang ingat aku cina.. Wakakaka… Deqnaz terpesona dengan kelainan wajah ku. Dia cakap wajah aku mirip2 seperti celebriti. Aku lupalah namanya.




Dalam perancangan, makan ayam penyet sebelah malam. Waktu itu masih siang lagi so kami gi lah ronda2 dulu dgn keta Lin yang terbaru. Memang selesa. Selepas ronda, kami singgah ke kedai makan. Kat mana aku lupa. Niat cuma nak “cemeng-cemeng” (bahasa Boyan) maknanya makan yang ringan2 saja sementara menunggu waktu malam. Kami pun order ABC special, otak-otak dan satay 35 sticks.






Selepas makan kami ronda2 lagi ke Danga Bay. Tepat jam 8 malam kami menuju ke destinasi iaitu ke warong ayam penyet. Kami order minuman dulu sambil mengambil gambar. Sewaktu kami nak order ayam penyet, you know what… Ayam penyet dah habis or dah tutup… I was totally disappointed kerana aku tak penah rasa ayam penyet di Msia. Di Singapore dah byk kali lah. Memang takde rezeki. Kempunan aku.. Nasib baik tadi petang dah makan tak lah kelaparan sangat.




Dengan kehampaan, kami terus ke rumah Lin untuk menonton Akademi Fantasia 7. Aril… Aril… Aril… Terlebih lak aku… Sampai terbaring2 menonton AF 7. Biasalah Lin pantang nampak laptop mesti nak update..




Lagi beberapa minit jam dah 11 mlm. Aku & Shai dah mengantuk. Lin hantar aku & Shai ke Euro Rich Hotel.. Dengar nama hotel tu je dah seram. Dalam benak fikiran aku Hotel 5 star ke? There is a saying “Don’t judge the book by its cover”. I’m definitely wrong. Dari luar nampak cam berada di Las Vegas. Dari dalam ada “Class”. Korang tgk tu perabot dibaluti dengan emas & berlian. Kerusinya punya lah tinggi. Korang perhatikan logo. Brand Gacci adik beradik Gucci..





Keesokkan harinya, kami sarapan di Toast n Toast. Konsepnya seperti Oldtown. Sarapan tu ditaja oleh Shai so apalagi kami order bermacam2 makanan. Shai cakap tak cukup order lagi jgn malu2. Kalau malu lapar lah.. Burp... Tengkiu Shai.. Semoga murah rezeki dan cepat ehem3.. Dgr2 dah ada… Hehehehehe…

Setelah menghantar Deqnaz, Deqyana & Amat pulang, kami dibawa oleh Lin ke rumah emak kesayangannya dgn dua hajat.

Pertama: Nak bagi cupcakes kat emaknya sempena Hari Ibu.
Kedua: Nak bagitau emaknya ada orang nak merisik Julie. Hehehehe…






Destinasi seterusnya yang dinanti-nantikan oleh Shai ialah ke Singapore. Berdebar-debar Shai nak ke Singapore. Dulu dia pernah ke Singapore mengikut abangnya yang bekerja di pangkalan Woodlands (Malaysia Navy). Lin & Shai buat passport baru. Lom ada apa2 stamp lagi kat muka surat.

Mula-mula aku bawa dorang gi Orchard Road (Shopping Paradise). Next ke Esplanade, Merlion & Fullerton. Last kali ke Harbour Front & Vivocity. Seronok betul si Shai bergambar.. Sebelum balik ke Johor Bahru, aku belanja dorang makan kat BREEKS Café coz they are my special guests.

P/S: Terima kasih Shai & Lin kerana mengundang aku makan ayam penyet (tak tercapai) dan sudi datang ke Singapore. Harap2 Shai & Lin terhibur semasa berada di Singapore. Untuk pengetahuan anda, trip to Singapore cuma “Preview” saja. Shai akan kembali ke Singapore pada bulan2 akan datang. Bila? Korang tanya Shai sendiri..