Sunday, April 12, 2009

Malacca Road Trip

Aku nyaris-nyaris tak dpt join ke Melaka trip kerana ada masalah teknikal ckit. Ikutkan hati dah tertutup hasrat aku nak join Msjbox di Melaka. Cuti aku pada tanggal 27 Mar 09 dah pun aku cancelled. Oleh kerana pujuk rayu dari seseorang dan seseorang dan seseorang, aku pun cari jalan keluar. Seorang “heroine” yang terkenal dari Bukit Indah iaitu Lin telah menjadi penyelamat aku.. Terima kasih “heroine” ku…

Lin mesti terkejut bila menerima sms dari aku. Manakan tidak, takde hujan , rebut dan taufan tetiba je terima sms dari orang yang “teristimewa” ni… Hehehehe…

Selepas beberapa hari menanti, akhirnya kini pasti (aik dah cam lagu Anita Sarawak lak) jawapan telah diberi. Bunyinya seperti berikut “Abg benarkan Lin pergi Melaka. Sabtu nanti jumpa Abg Ross kat Station Bus Larkin dalam pukul 11 pagi ok”. Yezzaaaaaa… Selepas pulang dari pejabat, aku gi buat facial treatment (krg percaya tak). Al-maklum nak “berdeting” dengan “heroine” katakan… Oopsss silap… Sorry Encik Sabar gurau je… Hehehee…

Pada hari Sabtu 28 Mar 09 seperti yang telah dijanjikan, aku sampai kat Station Bus Larkin awal dalam pukul 9:30 pagi. Sementara menunggu Lin datang, aku sempat bersarapan dulu. Dalam pukul 10:45 pagi, aku terima lagi satu sms dari Lin. Bunyinya seperti berikut “Abg Ross tunggu kat teksi stand. Sekejap lagi Lin datang. Lepas tu nak hantar Deqnaz ke rumah neneknya.”

Aku ingatkan aku dan Lin je yang pergi ke Melaka. Rupa-rupanya si Kasawari & anak2, Encik Sabar & anak2 ikut sekali. Memang SAH dorang dah plan nak terjah kat aku. Bro lepas ni DRAW 1 – 1... Cet… Tipah tertipu... Deqnaz punya dressing memang cute mute & sexy. Sib baik Shai takde kalau tak Shai leh tergoda tau… Lariiiii…

Sebelum berangkat ke Melaka, singgah jap kat warong utk lunch.. Byk lak aku berceloteh. Bila nak tunjuk gambar ni.. Dah siap da.. Gi scroll down and enjoy the photos. Mostly from my sexy camera… Enjoy…..

Lin ni dlm kete pun tak tau dok diam. Nak menekan je kerjanya. Sib baik tak meneran.. Kalau meneran nampak gaya Encik Sabar dari mengantuk tak jadi mengantuk. Perfume telah di spray.. Hehehehe…

Selepas check-in kat Mahkota Hotel Jun, Carneyz & Sodep kelaparan. So kami berempat gi makan kat restaurant Nando’s. First time makan kat sini. Kat Spore ada tapi tak halal. Ekceli dah byk kali jumpa si Jun & Carneyz tapi ni lah pertama kali aku beramas mesra (hehehe) dgn dorang berdua. Kalau dgn si Sodep dah biasa dari zaman2 dulu (ingat tak). Macam2 kami berbual sambil mengusik2 si waiter dari Negri Sembilan tu. Ni semua gara-gara cili sos..

Selepas makan, kami berempat bercadang nak menaiki beca. Tercapai jugak hajat aku selama ni. Harganya RM20 selama ½ jam. Walaupun singkat berbaloi gak lah. Bila lagi nak naik beca kan3.. Di Singapore ada gak beca tapi local tak naik cuma tourist je..


Selepas tu, kami bergegas ke Muzium Samudera kerana dengar2 ada shooting utk 2 movie yang akan ditayangkan pada bulan Mei ni. Director & crew2 semua dah standby. Set lokasi pun dah siap. Sampai je di sana, melihat makeup artist tengah touch-up pelakon2 handalan . Risik punya risik dpt tau dorang tgh shooting movie “Pirates Of The Straits Of Malacca”. Ramai gak locals & tourists berasak-asak nak tgk penggambaran dan pelakon2 pujaan ramai. Popular sehhhhhhhhh…



Badang & Incredible Hulk: Aku & Jun cuba angkat peti besi tapi tak berjaya. Berat gila weh. Cam mana lah dorang leh angkat tu peti besi zaman2 dahulu eh.. Muskil ni..



Pada malamnya, kami semua plan nak gi ronda2 kat area sana. Tak sah lah kalau tak bergambarkan. Bermacam2 pose kita buat.


Sambil berjalan2, aku ternampak satu tempat yang menarik perhatian aku. Tempat tu adalah di Dataran Sungai Melaka. Di sini ditempatkan patung2 wax Madame Tussauds yang telah diterbang khas dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Yang paling best kita dapat bertemu dgn superhero Malaysia. Orangnya tinggi lampai, peramah, gorgeous, charming and hencem. Dia tak keberatan bergambar dgn kita orang. Bila ditanya buat apa kat Melaka? Dia menjawab sedang membuat penggambaran blockbuster movie iaitu “Cicakman 3 – Malacca Under Seige”. Wakakakakaka…. Cayalah bro… Dah popular jgn lupa kita eh..



Seterusnya, kita dibawa oleh Sodep ke Jonker Walk (Chinatown Melaka). Di sana byk jual barang2 souvenir.

Kami makan malam di Tranquerah Bistro yang terletak di Jonker Walk. Kami telah dibawa ke tempat VIP. Makanannya tak lah istimewa sgt jika tgk menunya tapi keenakkan masakkannya tu yang kami nak cuba. Kami telah dihampakan. Services is poor dan makanannya tak sedap. Sib baik ada karaoke yg telah disediakan oleh restaurant tu sebagai pengubatnya. Lin, Sodep & Shai sempat mendendangkan beberapa buah lagu. Pada masa yg sama, kita meraikan besday Deqyana. Happy Birthday...

Keesokkan harinya, kami berkumpul di Dataran Pahlawan Water Fountain. Di sini lah Encik Sabar telah meminta aku mengambil gambarnya semasa dia melontarkan syiling ke dalam Water Fountain tu. Encik Sabar berhajat besar. Dia ada 3 wishes. Lin pun tak tau apakah wishes suaminya tu. Meh aku bagitau korang:-

First Wish: Semoga panjang umur, murah rezeki & in good health. Amin…
Second Wish: Menurunkan berat badan.
Third Wish: Meh cini dekat sikit. Aku tak leh cakap kuat2. Kang Lin dgr mati aku. Ssssshhh… Encik Sabar nak baby lagi satu.. Sekarang Lin tengah berisi. Sebab tu Encik Sabar beli buah mangga. Lin tengah wek3 tu..

Wakakakaka… Korang jgn percaya cakap aku tu. Sekadar rekaan semata2 je. Kalau korang nak tau tanya Encik Sabar sendiri ye.. Jgn marah Encik Sabar & Lin gurau je eh. Maaf zahir batin..Tapikan3 kalau betul tekaan aku tu apa salahnya kan.. Hehehe…

Kat mana2 kita pergi mesti ada sign board “TUAH” kan. Ada kedai dinamakan Tuah Kembar Enterprise, Jalan Hang Tuah, Perigi Hang Tuah dan byk lagi. Korang ada perasan tak 2 hari kat Melaka, TUAH ada bersama kita. Bersiar2, bergambar & makan bersama2 dgn kita. Pelik kan? Ni dah jadi satu PARANORMAL.. Di mana kah Tuah berada sekarang? Adakah dia masih hidup? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Pinjam jap trademark dlm rancangan AC Mizal.. Tuah Dimana… Tuah Disini… Sempoi….

Last but not least, aku minta maaf byk2 kerana delay wat entri ni. Selepas je pulih dari sakit, aku kebizian yang teramat. Sib baik last Friday cuti Good Friday. Nak tak nak mesti wat entri ni gak. I hope you enjoy reading my entri. Nak tgk gbr Klik Disini.. Hope to see you soon. Miss you so much.. Khas buat rakan2 blogger muackz.. muackz.. muackz.. Jgn lupa menonton 2 movie blockbuster pada bulan Mei ini:- Pirates Of The Straits Of Malacca & Cicakman 3 – Malacca Under Siege.

4 comments:

Kasawari said...

Bro.. you rock bro... ha ha.. gua baca sampai nak pecah perut seh.. walaupun dah berlalu kejadian ni.. terkenang seh.. cayalah bro buat entri yang kelakar tahap gaban ni..

paling gua nak pecah perut bab cicakman tu.. wa ka ka.. lawak seh..

dan yang lagi satu tu.. bila encik sabar nak baling siling tu.. betul ker wish dia ada 3 jer.. tak silap macam 4.. wa ka ka.. yelah.. sis lin tu rasanya dah berisi kot.. ha ha

apa2 pun lu memang berTUAH bro.. he he

gua tak sabar nak tunggu blockbuster bulan mei nanti.. ha ha ha

Sis Lin said...

amboiii kemain lg cerita dia...mcm aku je yg kena tu...
wish??? o ye ke? adehhh uekkk tu sbb pening kepala sbb nk jumpa TUAH x dpt le....hahahaha
apa2 pun thankx semua...mmg enjoy kan..

bro roSs said...

To Bro: Fourth wish to Encik Sabar nak ehem ehem ehem. Biar kita bertiga je tau.. Dun wori Encik Sabar rahsia demi rahsia.. Dah popular tu jgn lupa kita org eh..

bro roSs said...

To Lin: Takpe next time boleh eh.. Student Kak Norz lah katakan.. Hehehehe.. Dapat anak buah lagi..