Friday, May 15, 2009

Cerita Ayam Penyet

Kali ini aku ke Johor Bahru bukan pergi bercuti tetapi mendapat undangan dari Shai dan Lin. Aku pun ada terfikir jugak ada apa rancangan dari Msjbox. Sebenarnya tidak ada rancangan apa2, cuma Shai datang ke Johor Bahru nak belanja makan ayam penyet. Jauh datang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru semata-mata nak makan ayam penyet. Cayalah Shai.

Kalau ikut kan hati nak masuk ke Johor Bahru di sebelah pagi. Dapat join Shai & Lin ke rumah Amat Gebu. Tengahari aku ada plan lain lak so masuk Johor Bahru sebelah petang. Sampai je di Jusco Bukit Indah , aku pun sms Lin suruh ambil aku. Yang bestnya dorang tak dpt cam aku. Hehehehe.. Hari itu aku pakai cap dan rambut aku style GI. Dorang ingat aku cina.. Wakakaka… Deqnaz terpesona dengan kelainan wajah ku. Dia cakap wajah aku mirip2 seperti celebriti. Aku lupalah namanya.




Dalam perancangan, makan ayam penyet sebelah malam. Waktu itu masih siang lagi so kami gi lah ronda2 dulu dgn keta Lin yang terbaru. Memang selesa. Selepas ronda, kami singgah ke kedai makan. Kat mana aku lupa. Niat cuma nak “cemeng-cemeng” (bahasa Boyan) maknanya makan yang ringan2 saja sementara menunggu waktu malam. Kami pun order ABC special, otak-otak dan satay 35 sticks.






Selepas makan kami ronda2 lagi ke Danga Bay. Tepat jam 8 malam kami menuju ke destinasi iaitu ke warong ayam penyet. Kami order minuman dulu sambil mengambil gambar. Sewaktu kami nak order ayam penyet, you know what… Ayam penyet dah habis or dah tutup… I was totally disappointed kerana aku tak penah rasa ayam penyet di Msia. Di Singapore dah byk kali lah. Memang takde rezeki. Kempunan aku.. Nasib baik tadi petang dah makan tak lah kelaparan sangat.




Dengan kehampaan, kami terus ke rumah Lin untuk menonton Akademi Fantasia 7. Aril… Aril… Aril… Terlebih lak aku… Sampai terbaring2 menonton AF 7. Biasalah Lin pantang nampak laptop mesti nak update..




Lagi beberapa minit jam dah 11 mlm. Aku & Shai dah mengantuk. Lin hantar aku & Shai ke Euro Rich Hotel.. Dengar nama hotel tu je dah seram. Dalam benak fikiran aku Hotel 5 star ke? There is a saying “Don’t judge the book by its cover”. I’m definitely wrong. Dari luar nampak cam berada di Las Vegas. Dari dalam ada “Class”. Korang tgk tu perabot dibaluti dengan emas & berlian. Kerusinya punya lah tinggi. Korang perhatikan logo. Brand Gacci adik beradik Gucci..





Keesokkan harinya, kami sarapan di Toast n Toast. Konsepnya seperti Oldtown. Sarapan tu ditaja oleh Shai so apalagi kami order bermacam2 makanan. Shai cakap tak cukup order lagi jgn malu2. Kalau malu lapar lah.. Burp... Tengkiu Shai.. Semoga murah rezeki dan cepat ehem3.. Dgr2 dah ada… Hehehehehe…

Setelah menghantar Deqnaz, Deqyana & Amat pulang, kami dibawa oleh Lin ke rumah emak kesayangannya dgn dua hajat.

Pertama: Nak bagi cupcakes kat emaknya sempena Hari Ibu.
Kedua: Nak bagitau emaknya ada orang nak merisik Julie. Hehehehe…






Destinasi seterusnya yang dinanti-nantikan oleh Shai ialah ke Singapore. Berdebar-debar Shai nak ke Singapore. Dulu dia pernah ke Singapore mengikut abangnya yang bekerja di pangkalan Woodlands (Malaysia Navy). Lin & Shai buat passport baru. Lom ada apa2 stamp lagi kat muka surat.

Mula-mula aku bawa dorang gi Orchard Road (Shopping Paradise). Next ke Esplanade, Merlion & Fullerton. Last kali ke Harbour Front & Vivocity. Seronok betul si Shai bergambar.. Sebelum balik ke Johor Bahru, aku belanja dorang makan kat BREEKS Café coz they are my special guests.

P/S: Terima kasih Shai & Lin kerana mengundang aku makan ayam penyet (tak tercapai) dan sudi datang ke Singapore. Harap2 Shai & Lin terhibur semasa berada di Singapore. Untuk pengetahuan anda, trip to Singapore cuma “Preview” saja. Shai akan kembali ke Singapore pada bulan2 akan datang. Bila? Korang tanya Shai sendiri..

11 comments:

Sis Lin said...

tahnkx a lot abg ross...we will come back to sgpore...yehaaa chaiyok!!!

bro roSs said...

To Lin: You are welcome...

Meera Melati said...

hi...
jln-jln kat sini jap...

p/s: jgn terasa ati ek kata2 i utk benitez kat blog i tu... tuju utk benitez sorang je, bukan kat liverpool pun... i noe u die hard fan liverpool...

bro roSs said...

Hi Meera: Takde hal lah Meera.. Man U deserved it. This year not Liverpool season. They have themselves to blame for not winning 7 matches in Anfield.

Meera Melati said...

itulah bolasepak namanya... i love bolasepak, so kalo boleh i takmo nak kutuk2 ke cemuh2 ke team lain even i sokong MU... cuma rasa bengang ngan kebongkakkan benitez tu je...

niway... italian striker??? Rossi??? eh bukan ke dia tu boyan striker... bila dia tukar jd italian ek??? hehehehe jgn marah arrrr kang bertambah sepet mata u tu kang :p :p

bro roSs said...

To Meera: Takpe nnti i counselling Benitez ok. Nama boyan tak sedap lah so guna nama Italian.. Italian kan hensem2..Hehehehe

Kasawari said...

wah mcm ada perbincangan hangat di sini... apa2 pun Glory Glory Man United.. ha ha.. tahun depan The Reds leh cuba lagi..

IndependentQueen said...

hahh.. BREEKS~!! I have bad experience over there~!! http://heartboxx.blogspot.com/2009/03/what-shitty-weekend1-whole-week-in-fact.html

::Asya Alesya Natasya:: said...

bro ross,
aryana nak rase ayam penyet..nnte jgn lupe bw aryana tau promise!! :P

bro roSs said...

To Independent Queen: Which outlet?

bro roSs said...

To Aryana: Ok promise..