Saturday, September 17, 2011

Milik Siapakah Cincin Ini ???

Tinggal beberapa jam lagi cincin ni akan menjadi milik seseorang. Semoga majlis itu berjalan dengan lancar.. Amin.

"Dan diantara tanda-tanda-Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir" 
(Surah Ar Rum ayat 21)

Thursday, July 29, 2010

Selamat Pengantin Baru Ross & Lydia - 17/07/10







Wakakaka... Kena kelentong korang.. Bukan aku kawen dah.. Sepupu aku yang kawen.. Yeh.. aku dapat saudara Islam yang baru. Anyway, aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat sepupuku, Erny Marini Lee dan pasangannya Scott (nama Islam Iman) semoga berkekalan ke anak cucu. Untuk Iman, welcome on board to our family..

P/S: Lepas ni sapa lak eh? Kita tunggu bulan October atau next year (Insyallah)..

Saturday, May 29, 2010

Korean Way....



Menggunakan artis tampan, kacak, jelita, seksi dan popular utk mempromosi sesuatu tempat atau produk memang suatu strategi pemasaran yg bijak... Dan nampaknya taktik tersebut telah membuahkan hasil, terutama di Korea Selatan.

Tiga daripada enam anggota kumpulan lelaki 2PM dan juga tiga daripada sembilan anggota kumpulan wanita SNSD telah bergabung tenaga mengadakan persembahan utk satu klip video panas di taman berair bertema, Everland, di Yongin, Korea Selatan

Dalam klip video tersebut, para anggota kekedua kumpulan asal Korea Selatan itu telah menjadi anggota penyelamat ala Baywatch sebagai satu daya tarikan terbaru taman berair tersebut yg diberi nama Caribbean Bay. Klip video yg dimaksudkan itu diberi nama Who is the hottest Cabi?
Pastinya sesiapa sahaja yg menonton klip video ini, terutama mereka yg tergila-gilakan budaya pop Korea, akan terkilan dan kepingin melawat taman berair itu. Anda pasti "cair" dgn penampilan seksi kumpulan anggota penyelamat tu.


Hai, sekiranya inilah hakikatnya di Carribean Bay, pasti ramai tak kira wanita atau lelaki akan berpura-pura lemas! Dan salah satunya ialah Retna... Cabottttt....


P/S: Bila lah aku dan kasawari leh dapat bentuk badan seperti mereka? Hehehehe....

Friday, January 1, 2010

Kuala Lumpur ??????

Sebenarnya aku masih lgi bercuti sehingga 3rd Jan 2010 (10 hari). Sampai je di KL, destinasi seterusnya ke iTUNE hotel di LCCT airport. Bermalam disana kerana flight aku kol 7:30 pagi keesokkannya. Ke mana kah tujuan ku? Jeng3...

P/S: Nantikan edisi tahun baru ye...