Saturday, May 29, 2010

Korean Way....



Menggunakan artis tampan, kacak, jelita, seksi dan popular utk mempromosi sesuatu tempat atau produk memang suatu strategi pemasaran yg bijak... Dan nampaknya taktik tersebut telah membuahkan hasil, terutama di Korea Selatan.

Tiga daripada enam anggota kumpulan lelaki 2PM dan juga tiga daripada sembilan anggota kumpulan wanita SNSD telah bergabung tenaga mengadakan persembahan utk satu klip video panas di taman berair bertema, Everland, di Yongin, Korea Selatan

Dalam klip video tersebut, para anggota kekedua kumpulan asal Korea Selatan itu telah menjadi anggota penyelamat ala Baywatch sebagai satu daya tarikan terbaru taman berair tersebut yg diberi nama Caribbean Bay. Klip video yg dimaksudkan itu diberi nama Who is the hottest Cabi?
Pastinya sesiapa sahaja yg menonton klip video ini, terutama mereka yg tergila-gilakan budaya pop Korea, akan terkilan dan kepingin melawat taman berair itu. Anda pasti "cair" dgn penampilan seksi kumpulan anggota penyelamat tu.


Hai, sekiranya inilah hakikatnya di Carribean Bay, pasti ramai tak kira wanita atau lelaki akan berpura-pura lemas! Dan salah satunya ialah Retna... Cabottttt....


P/S: Bila lah aku dan kasawari leh dapat bentuk badan seperti mereka? Hehehehe....